Selamat Datang Ke

Blog SJK(C) Keng Chee...

Thursday 16 May 2013

KEM MOTIVASI MURID TAHAP 2

Kem Motivasi Murid Tahap 2 diadakan dari 17 MEI 2013 hingga 19 MEI 2013.









16 MEI 2013 - HARI GURU

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
 














Thursday 9 May 2013

Minggu Membaca Pusat Sumber

Minggu Membaca telah dianjurkan oleh pusat sumber SJK(C) Keng Chee diadakan dari 22 April 2013 hingga 27 April 2013. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang minggu membaca. Antaranya: Pertandingan Tongue Twister, Pertandingan Mereka Penanda Buku, Aktiviti Bercerita oleh guru pusat sumber, kuiz dan aktiviti membaca buku baru.











 






 










Aktiviti Hari Ibu

Murid Tahun 3 hingga Tahun 6 dikehendaki memasukkan belon yang berisi air dijadikan sebagai ibu yang mengandung. Aktiviti ini diadakan untuk menyedarkan murid-murid bahawa kesusahan mengandung, melahirkan anak dan membesarkan anak. Selain itu, para guru juga turut menyertai aktiviti ini.