Selamat Datang Ke

Blog SJK(C) Keng Chee...

Sunday 13 January 2013

Kelas Tambahan PIBG

Kelas tambahan PIBG akan bermula pada bulan Januari 2013 minggu yang ketiga. Kelas tambahan untuk tahun 1 hingga tahun 5 akan dijalankan pada hari Selasa dan hari Rabu dari 2.30 petang hingga 4.45 petang manakala kelas tambahan untuk tahun 6 akan dijalankan selama tiga hari iaitu hari Selasa, Rabu dan Khamis.


                                 Aktiviti Kokurikulum SJK(C) Keng Chee 2013

Aktiviti Kokurikulum akan bermula pada bulan Januari 2013 minggu yang ketiga.Aktiviti Kokurikulum akan dijalankan pada setiap hari Rabu dari pukul 5 petang hingga 7 petang. Aktiviti Kokurikulum dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu:

Kumpulan A - Badan Beruniform Tunas Kadet Remaja
                       1) Tunas Kadet Remaja

Kumpulan B - Persatuan
                       1) Persatuan Gendang Traditional Cina
                       2) Persatuan Bahasa Melayu
                       3) Persatuan Rukun Negara
                       4) Persatuan Pencegahan Jenayah/ SPBT

Kumpulan C - Sukan/ Permainan
                       1) Kelab Badminton
                       2) Kelab Olahraga
                       3) Kelab Bola Keranjang


Wednesday 2 January 2013

PROGRAM TRANSISI 2013 DAN PROGRAM MAJU DIRI 2013

Program transisi untuk murid prasekolah dan murid tahun 1 akan dijalankan dari 02/01/2013 hingga 18/01/2013 selama tiga minggu. 

Program maju diri akan dijalankan pada dari 02/01/2013, 03/01/2013, 04/01/2013, 07/01/2013 dan   08/01/2013. Program ini akan dijalankan berdasarkan tema yang ditetapkan dari pukul 11.25a.m hingga 1.25p.m.